Anda Ada Soalan, Kami Ada Jawapan
Tentang Funded Knight
Ketahui siapa kami dan apa yang menjadikan Funded Knight unik.
Siapakah Funded Knight?
Sebagai sebuah firma dagangan proprietari moden, kami menilai pedagang melalui prop trading challenge dan menyediakan akaun pembiayaan simulasi kepada mereka yang berjaya melepasi cabaran tersebut.
Misi Funded Knight adalah untuk memperkasakan pedagang berbakat yang kekurangan modal agar dapat membina kerjaya yang mampan dalam pasaran kewangan.
Kami memahami bahawa bidang dagangan merupakan kerjaya yang mencabar. Oleh itu, kami menyediakan sumber pendidikan, analisis akaun terperinci serta alat penjejak dagangan (trading journal tools) bagi menyokong pertumbuhan dan kejayaan para pelanggan kami. Ingatlah, kejayaan pelanggan kami adalah kejayaan kami juga.
Siapa yang boleh menyertai Funded Knight?
Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai minat dan kemahiran dalam dagangan untuk menyertai kami!
Funded Knight menghargai kepelbagaian pedagang dari seluruh dunia. Namun begitu, disebabkan sekatan peraturan dan keperluan pematuhan, kami tidak dapat menerima pelanggan (sama ada warganegara atau penduduk) dari negara berikut: Afghanistan, Belarus, Republik Afrika Tengah, Congo (Brazzaville), Congo (Kinshasa), Cuba, Guinea-Bissau, Iran, Iraq, Korea Utara, Libya, Mali, Persekutuan Rusia, Somalia, Sudan Selatan, Sudan, Syria, Amerika Syarikat, Yaman dan Venezuela.
Adakah Funded Knight sebuah broker?
Tidak, Funded Knight bukan sebuah broker. Kami menawarkan akaun pembiayaan simulasi kepada pelanggan yang berjaya menamatkan proses penilaian.Penting untuk diketahui bahawa Funded Knight tidak menguruskan dana pelanggan atau menjalankan dagangan bagi pihak orang awam. Oleh sebab sifat operasi kami yang unik ini, keperluan peraturan yang biasanya dikenakan ke atas firma yang mengendalikan dana pelanggan atau menyediakan perkhidmatan dagangan kepada umum tidak terpakai kepada Funded Knight.
Apakah itu Prop Trading?
Proprietary trading atau prop trading ialah program di mana pedagang berdagang menggunakan modal simulasi daripada firma dagangan proprietari dan bukan dana peribadi mereka sendiri. Firma ini bukan sahaja menyediakan dana simulasi, tetapi juga pendidikan, perisian, analisis dan pelbagai sokongan lain untuk membantu kejayaan pedagang.
Bagaimanakah prop trading berfungsi?
Firma dagangan proprietari akan memperuntukkan sejumlah modal simulasi kepada pedagang untuk digunakan dalam dagangan. Pedagang prop akan berdagang dalam keadaan pasaran sebenar seperti pedagang biasa dan boleh menggunakan pelbagai strategi dengan pengurusan risiko yang betul.
Bagaimanakah firma prop trading dan pedagang prop menjana keuntungan?
Matlamat utama firma prop trading adalah untuk mengenal pasti pedagang yang benar-benar menguntungkan untuk berdagang menggunakan modal firma. Setelah pedagang yang menguntungkan dikenal pasti, firma tersebut akan menjalinkan kerjasama dengan pedagang berkenaan dan melakukan perkongsian keuntungan berdasarkan hasil dagangan yang dijana.
Apakah platform dagangan yang disediakan? Adakah ia mempunyai aplikasi mudah alih?
Pada masa ini, kami menawarkan Fortex 7 sebagai platform dagangan rasmi kami. Ia merupakan platform yang bersih, intuitif dan mudah digunakan. Fortex 7 lazimnya digunakan oleh pedagang profesional antara bank, namun kini turut tersedia untuk pedagang runcit.
Fortex menyediakan terminal web, terminal desktop serta aplikasi asli untuk iOS dan Android.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fortex 7, sila layari https://www.fortex.com
Program Penilaian
Ketahui bagaimana proses penilaian kami berfungsi — termasuk parameter dagangan dan peraturan drawdown yang jelas.
Apakah sasaran keuntungan?
Untuk cabaran 1-Langkah Funded Knight, sasaran keuntungan ialah 10% daripada saiz akaun penilaian.
Apakah had kerugian harian (Daily Loss Limit)?
Sebagai firma dagangan proprietari moden yang profesional, kami mengutamakan pengurusan risiko dan kejayaan pedagang. Had kerugian harian diperkenalkan bagi melindungi akaun penilaian anda, membantu mengekalkan disiplin, mengelakkan keputusan beremosi dan membentuk tabiat dagangan yang mampan.
Had kerugian harian dikira secara langsung berdasarkan jumlah kerugian direalisasi dan belum direalisasi (termasuk komisen) dalam sehari, berbanding baki atau ekuiti akaun penilaian anda — mengikut mana yang lebih tinggi — pada jam 00:00 waktu server (GMT+2). Bagi cabaran Funded Knight, akaun Pro mempunyai had kerugian harian sebanyak 3% daripada saiz akaun penilaian, manakala akaun Consistency mempunyai had kerugian harian sebanyak 5% daripada saiz akaun penilaian.
Contoh: Jika Baki Permulaan Harian anda (iaitu baki atau ekuiti tertinggi pada hari sebelumnya, jam 00:00 Waktu Server) ialah $100,000, akaun penilaian Konsistensi anda akan melanggar had kerugian harian sekiranya ekuiti anda turun kepada $95,000 pada bila-bila masa dalam hari tersebut. Had ini akan diset semula pada 00:00 Waktu Server (GMT+2).
Apakah had kerugian keseluruhan (Overall Loss Limit)?
Had kerugian keseluruhan dikira berdasarkan saiz akaun penilaian yang anda pilih. Bagi cabaran Funded Knight, akaun Pro mempunyai had kerugian keseluruhan sebanyak 6% daripada saiz akaun penilaian, manakala akaun Konsistensi mempunyai had kerugian keseluruhan sebanyak 8% daripada saiz akaun penilaian.
Sebagai contoh, jika saiz akaun penilaian Consistency anda ialah $100,000, akaun simulasi anda akan melanggar had kerugian keseluruhan sekiranya ekuiti jatuh kepada $92,000 (termasuk komisen) pada bila-bila masa.
Apa yang berlaku apabila saya mencapai sasaran keuntungan?
Jika anda berjaya mencapai sasaran keuntungan selepas menutup semua posisi terbuka, kami akan menjalankan semakan menyeluruh ke atas akaun penilaian anda bagi memastikan semua peraturan dipatuhi. Proses semakan ini biasanya mengambil masa 2–3 hari bekerja. Setelah selesai, anda akan dijemput untuk menjalani proses KYC (Know Your Customer) dan menandatangani kontrak RISE serta Funded Knight.
Anda akan menerima e-mel panduan langkah demi langkah untuk proses tersebut. Pastikan anda menyediakan dokumen sah dan tulen semasa proses KYC. Kelulusan KYC mungkin mengambil masa sehingga 2 hari bekerja jika dokumen memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sekiranya diperlukan dokumen tambahan, proses tersebut mungkin dilanjutkan.
Apabila KYC dan tandatangan kontrak selesai, anda akan menerima maklumat log masuk akaun simulasi pembiayaan melalui e-mel.
Adakah terdapat had minimum atau maksimum hari dagangan untuk penilaian?
Tiada had masa maksimum untuk lulus penilaian kami — anda boleh mengambil masa sebanyak yang diperlukan. Untuk cabaran Funded Knight, minimum hari dagangan ialah 3 hari.
Bagi akaun penilaian Pro, anda perlu memenuhi minimum 3 hari dagangan menguntungkan sebelum lulus/layak menerima bayaran. Hari dagangan dikira menguntungkan apabila keuntungan direalisasi melebihi 0.5% daripada saiz akaun penilaian (termasuk komisen).
Apakah kadar leveraj (Leverage) bagi setiap instrumen?
Akaun Pro (penilaian / akaun simulasi pembiayaan):
1:50 untuk FX
1:4 untuk Komoditi
1:20 untuk Indeks
1:5 untuk Kripto
Akaun Konsistensi (penilaian / akaun simulasi pembiayaan):
1:100 untuk FX
1:4 untuk Komoditi
1:20 untuk Indeks
1:5 untuk Kripto
Berapa banyak akaun penilaian yang boleh saya miliki?
Kami tidak menetapkan had terhadap bilangan akaun penilaian yang boleh anda miliki. Namun begitu, jumlah maksimum peruntukan modal yang dibenarkan ialah $400,000 (sebelum skala naik) bagi setiap pelanggan pada satu-satu masa. Sebagai contoh, anda boleh memiliki dua akaun simulasi pembiayaan bernilai $200,000 setiap satu atau empat akaun bernilai $100,000 setiap satu, dan sebagainya.
Hanya satu pendaftaran pelanggan dibenarkan bagi setiap individu. Kami berhak untuk menggantung semua akaun sekiranya didapati terdapat pendaftaran berganda.
Bolehkah saya menjalani proses KYC sebelum menjadi pedagang yang dibiayai (Funded Trader)?
Ya, anda boleh memulakan proses KYC pada bila-bila masa selepas membeli mana-mana cabaran. Pastikan anda menyediakan dokumen sah dan tulen semasa proses ini.
Adakah terdapat tempoh tidak aktif (Inactivity Period) untuk akaun saya?
Ya, akaun penilaian atau akaun simulasi pembiayaan anda akan dilanggar sekiranya tidak aktif selama 30 hari kalendar. Untuk mengelakkan pelanggaran ini, anda perlu melaksanakan sekurang-kurangnya 1 dagangan dalam tempoh 30 hari.
Peraturan Dagangan
Fahami peraturan dagangan utama, sekatan, dan polisi yang mengawal akaun penilaian serta akaun dibiayai anda.
Bolehkah saya mengekalkan dagangan semasa berita berimpak tinggi?
Di Funded Knight, kami mempercayai keupayaan pelanggan dalam mengurus risiko sendiri. Adalah tanggungjawab pedagang untuk memantau berita berimpak tinggi dan merancang dagangan dengan sewajarnya.
Pelanggan bebas berdagang semasa sebarang berita tanpa sekatan bagi akaun penilaian Konsistensi & Pro.
Namun, keuntungan yang diperoleh dalam tempoh 5 minit sebelum dan selepas berita “red-folder” akan dipadamkan untuk akaun simulasi pembiayaan Pro sahaja. Akaun simulasi pembiayaan Konosistensi tidak mempunyai sekatan berita.
Sumber berita: https://www.forexfactory.com/
Bolehkah saya mengekalkan dagangan semalaman atau hujung minggu?
Anda bebas untuk mengekalkan dagangan semalaman atau sepanjang hujung minggu tanpa sekatan. Namun, sila ambil perhatian bahawa dagangan semalaman akan dikenakan yuran swap (rollover/overnight financing charge).
Secara khususnya, posisi kripto pada hari Jumaat malam akan dikenakan swap untuk 3 hari manakala posisi bukan kripto pada hari Rabu malam juga akan dikenakan swap untuk 3 hari. Kami menggalakkan pedagang menyemak posisi terbuka dan mengambil langkah perlu bagi mengelakkan kos yang tidak dijangka.
Bolehkah saya berdagang kripto pada hujung minggu?
Ya, anda bebas berdagang kripto pada hujung minggu. Namun, perlu diingat bahawa penyelenggaraan sistem platform mungkin dijalankan semasa hujung minggu dan anda mungkin tidak dapat mengubah atau menutup dagangan dalam tempoh tersebut.
Bolehkah saya menggunakan EA (Expert Advisor) atau Trading Bot?
Ya, anda dibenarkan menggunakan EA atau Trading Bot untuk berdagang dalam akaun penilaian atau akaun simulasi pembiayaan. Namun, sekiranya lebih daripada seorang pelanggan menggunakan EA/Trading Bot yang sama dengan corak kemasukan dan keluar yang serupa, ia mungkin dianggap melanggar Peraturan Strategi Dilarang (Prohibited Strategies) — terutamanya kategori dagangan terancang secara besar-besaran (mass organized trades).
Apakah Strategi Dilarang (Prohibited Strategies)?
Kami ingin memberi kebebasan kepada pedagang untuk memilih gaya dan strategi masing-masing. Namun, terdapat sekatan tertentu bagi mengelakkan penyalahgunaan dan memastikan pengalaman dagangan yang adil. Pelanggaran mana-mana peraturan berikut boleh menyebabkan amaran, pelanggaran akaun, atau penamatan perjanjian.
1. Reverse Trading / Group Hedging
Dilarang menjalankan lindung nilai (hedging) atau dagangan songsang antara akaun.
Group hedging (koordinasi posisi bertentangan antara akaun) adalah dilarang.
2. Dagangan Terancang Secara Besar-Besaran (Mass Organized Trades)
Dilarang tanpa mengira bilangan akaun, arah dagangan atau saiz posisi.
3. Dagangan Frekuensi Tinggi (HFT)
Sebarang bentuk HFT adalah dilarang.
4. Tick Scalping:
Tick scalping merujuk kepada mengambil keuntungan kecil dari pergerakan harga kecil dalam masa singkat adalah terhad kerana boleh mengganggu kestabilan pasaran.
5. Eksploitasi ralat atau kelewatan harga/platform.
6. Menggunakan maklumat bukan umum atau dalaman / Front-running.
7. Dagangan berunsur perjudian atau berisiko ekstrem (Martingale, All-or-Nothing, One-sided Betting).
Akaun boleh dibatalkan jika gaya dagangan menunjukkan kekurangan pengurusan risiko yang wajar.
8. Penyalahgunaan persekitaran demo/simulasi.
Penyalahgunaan persekitaran demo ditakrifkan sebagai tindakan melaksanakan dagangan bersaiz besar secara berterusan tanpa strategi dagangan yang jelas atau logik. Tingkah laku ini mengabaikan asas analisis pasaran dan amalan pengurusan risiko, serta tidak memberikan data dagangan yang sah untuk penilaian kami.Akaun penilaian atau akaun simulasi dibiayai yang menunjukkan corak dagangan volum tinggi secara konsisten tanpa strategi yang koheren boleh ditandakan untuk semakan. Langkah ini membolehkan kami menilai serta mengambil tindakan yang sesuai bagi mengekalkan persekitaran dagangan yang adil dan sejajar dengan misi kami untuk memperoleh data dagangan yang boleh dipercayai.Akaun yang dikenal pasti melaksanakan dagangan volum besar secara berterusan tanpa strategi yang jelas boleh dikenakan amaran, sekatan sementara terhadap aktiviti dagangan, atau dalam kes yang serius, digantung atau disekat secara kekal daripada perkhidmatan kami.
Apakah Peraturan Konsistensi (Consistency Rules)?
Terdapat 2 peraturan konsistensi utama:
1. Peraturan Konsistensi Keuntungan (Profit Consistency Rule):
Keuntungan hari terbaik tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan keuntungan.
2. Peraturan Konsistensi Volum (Volume Consistency Rule):
Saiz lot bagi mana-mana dagangan tunggal tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan lot yang didagangkan semasa cabaran.
Peraturan konsistensi ini terpakai bagi kedua-dua akaun cabaran Konsistensi dan akaun simulasi dibiayai. Apabila lindung nilai (hedging) digunakan, semua untung rugi (P&L) dan volum akan diselaraskan dan dikira pada hari lindung nilai tersebut dilaksanakan.
Tiada peraturan konsistensi dikenakan bagi Cabaran Pro dan fasa akaun simulasi dibiayai Pro.
Apakah Tempoh Minimum Dagangan (Minimum Trade Duration) / Anti-Scalping Rule?
Semasa fasa cabaran Konsistensi dan fasa akaun simulasi untuk Konsistensi, setiap dagangan mesti mempunyai tempoh minimum 2 minit, sama ada ditutup secara manual, melalui TP/SL, atau oleh EA.
Tiada tempoh minimum dagangan yang ditetapkan untuk Cabaran Pro dan fasa akaun simulasi dibiayai Pro.
Apakah Keperluan Volum Minimum (Minimum Volume Requirement)?
Untuk semua penilaian, anda perlu melengkapkan jumlah dagangan minimum 1 lot bagi melayakkan diri untuk lulus penilaian.
Adakah terdapat had saiz lot?
Tiada had saiz lot bagi semua akaun penilaian atau akaun simulasi pembiayaan.
Bolehkah saya menyalin dagangan (Copy Trade)?
Setiap penilaian mesti diluluskan secara individu. Anda hanya dibenarkan menyalin dagangan antara akaun Funded Knight (penilaian atau simulasi pembiayaan). Anda juga dibenarkan menyalin dagangan daripada akaun Funded Knight ke akaun peribadi atau firma prop lain dan sebaliknya. Namun, menyalin dagangan daripada pihak ketiga adalah dilarang sama sekali.
Siapa yang boleh mengakses akaun penilaian/simulasi pembiayaan saya selain saya?
Semua akaun mesti dikendalikan sendiri oleh pemilik akaun. Perkongsian maklumat log masuk dengan individu lain adalah dilarang sama sekali. Oleh itu, kami tidak menggalakkan akses melalui VPN atau VPS bagi memastikan ketepatan data dalaman.
Sebarang penglibatan pihak ketiga seperti pengurus akaun, perkhidmatan “pass-your-challenge”, isyarat (signal) atau salinan dagangan (copy trading) akan menyebabkan akaun ditolak, bayaran dibatalkan, dan larangan kekal daripada perkhidmatan kami.
Adakah terdapat peraturan berkaitan IP (IP Rule)?
Akaun boleh diakses dengan pelbagai alamat IP selagi ia digunakan oleh pemilik akaun sahaja. Namun, rantau (region) IP mesti konsisten. Jika pasukan risiko kami mengesan perubahan rantau, kami mungkin meminta bukti perjalanan seperti tiket penerbangan, cap pasport, atau video langsung lokasi semasa.
Sekiranya sistem kami mengesan ketidaktentuan — contohnya, satu IP digunakan oleh pelbagai akaun, atau satu akaun diakses dari rantau berbeza — kami mungkin meminta dokumen tambahan bagi membuktikan akaun tersebut hanya diakses oleh pemiliknya.
Pembahagian Keuntungan
Ketahui cara pembahagian keuntungan berfungsi — daripada peratusan pembayaran hingga ke garis masa pengeluaran dan syarat kelayakan.
Berapa kerap saya boleh menerima bayaran keuntungan?
Sebaik sahaja anda mula berdagang menggunakan akaun pembiayaan simulasi anda, sistem akan memproses pembahagian keuntungan ke dompet portal klien setiap 7 hari, jika akaun pembiayaan simulasi anda berada dalam keadaan untung, tiada posisi terbuka, dan telah memenuhi syarat 3 hari keuntungan (Cabaran Pro) atau peraturan konsistensi (Cabaran Konsistensi).
Anda boleh menggunakan kredit dalam dompet portal klien untuk membeli penilaian baharu atau membuat permintaan pengeluaran ke RISE. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak memproses pengeluaran pada hujung minggu atau cuti umum, dan semua pengeluaran akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Bagaimana cara untuk mengeluarkan kredit dalam dompet portal klien saya?
Pada masa ini, kami hanya memproses pengeluaran melalui RISE. Anda boleh mengeluarkan mata wang fiat ke akaun bank anda atau mata wang kripto ke dompet kripto anda melalui RISE. Proses ini biasanya mengambil masa 2–3 hari bekerja. Kami sedang giat meneroka lebih banyak pilihan pengeluaran lain bagi memudahkan para pedagang kami yang dibiayai.
Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik yuran penilaian?
Yuran penilaian yang dibayar merangkumi akses anda ke portal klien dan proses penilaian. Yuran ini tidak boleh dikembalikan kerana ia merupakan bayaran bagi perkhidmatan yang telah disediakan.
Apakah jumlah minimum untuk bayaran keuntungan?
Tiada jumlah minimum untuk bayaran keuntungan. Sistem akan memindahkan semua keuntungan setiap 7 hari (dengan syarat semua posisi telah ditutup) dari akaun pembiayaan simulasi anda ke dompet portal klien jika akaun berada dalam keadaan untung dan telah memenuhi syarat 3 hari keuntungan (Cabaran Pro) atau peraturan konsistensi (Cabaran Konsistensi).
Apakah jumlah minimum untuk pengeluaran ke RISE?
Jumlah minimum untuk setiap permintaan pengeluaran ke RISE ialah USD 50.
Lain-Lain
Dapatkan jawapan bagi pertanyaan umum — daripada semakan KYC hingga kepada instrumen dagangan dan butiran pensijilan.
Apa akan terjadi jika saya menyalahgunakan fungsi dompet portal pelanggan?
Sebarang penyalahgunaan atau eksploitasi terhadap fungsi dompet akan menyebabkan larangan kekal (permanent ban) daripada menggunakan perkhidmatan kami. Langkah ini diambil untuk mengekalkan integriti dan keselamatan platform kami. Kami amat menghargai kerjasama anda dalam memastikan platform ini kekal selamat untuk semua pengguna.
Adakah saya akan menerima sijil apabila saya dibiayai atau menerima bayaran keuntungan?
Ya, sijil akan diberikan kepada peserta yang berjaya melepasi fasa penilaian, serta bagi pembahagian keuntungan (payout split). Sistem kami akan menghantar sijil tersebut ke alamat e-mel berdaftar anda.
Apakah yang berlaku jika saya gagal dalam proses KYC/AML? Adakah saya masih layak menerima akaun pembiayaan simulasi?
Kami tidak dapat menerima pelanggan yang gagal dalam semakan KYC (Know Your Customer) atau AML (Anti-Money Laundering) atas beberapa sebab penting berikut:
Pertama, keperluan undang-undang. Sebilangan besar negara mempunyai peraturan ketat untuk mencegah pengubahan wang haram, penipuan, dan jenayah kewangan lain. Menerima pelanggan yang gagal dalam semakan ini boleh menyebabkan denda berat atau kehilangan lesen operasi.
Kedua, perlindungan terhadap risiko. Pelanggan yang gagal dalam semakan KYC/AML mungkin terlibat dalam aktiviti haram yang boleh menjejaskan reputasi atau operasi kami. Ini juga boleh menjejaskan kepercayaan pelanggan serta rakan kongsi kami.
Ketiga, pemantauan pihak berkuasa. Badan pengawal selia sering menilai pematuhan kami terhadap undang-undang KYC/AML. Sekiranya didapati menerima pelanggan berisiko tinggi, kami boleh dikenakan tindakan disiplin yang serius.
Keempat, tanggungjawab etika. Kami bertanggungjawab memastikan perkhidmatan kami tidak digunakan bagi tujuan jenayah. Langkah ini membantu membina kepercayaan dengan pelanggan, rakan niaga, dan komuniti kewangan secara keseluruhan.
Dengan mematuhi peraturan KYC/AML, kami kekal patuh, melindungi perniagaan, serta menyumbang kepada sistem kewangan yang lebih selamat.
Apakah instrumen dagangan yang tersedia?
FX (Forex)
AUD/CAD
AUD/CHF
AUD/JPY
AUD/NOK
AUD/NZD
AUD/SEK
AUD/USD
CAD/CHF
CAD/JPY
CHF/JPY
CHF/NOK
EUR/AUD
EUR/CAD
EUR/CHF
EUR/GBP
EUR/HKD
EUR/HUF
EUR/JPY
EUR/NOK
EUR/NZD
EUR/SEK
EUR/USD
GBP/AUD
GBP/CAD
GBP/CHF
GBP/HKD
GBP/HUF
GBP/JPY
GBP/NOK
GBP/NZD
GBP/PLN
GBP/SEK
GBP/USD
HKD/JPY
NOK/JPY
NOK/SEK
NZD/CAD
NZD/CHF
NZD/JPY
NZD/USD
SEK/JPY
USD/CAD
USD/CHF
USD/HKD
USD/HUF
USD/JPY
USD/NOK
USD/PLN
USD/SEK
ZAR/JPY
Logam
XAG/AUD – Perak/Dolar Australia
XAG/EUR – Perak/Euro
XAG/USD – Perak/Dolar AS
XAU/AUD – Emas/Dolar Australia
XAU/EUR – Emas/Euro
XAU/USD – Emas/Dolar AS
XPD/USD – Paladium/Dolar AS
XPT/USD – Platinum/Dolar AS
CFD
ADAUSD.nx – Cardano/Dolar AS
AXCAUD.c – Indeks Saham Australia
AXSUSD.nx – Axie Infinity/Dolar AS
BTCEUR.nx – Bitcoin/Euro
BTCGBP.nx – Bitcoin/Pound
BTCJPY.nX – Bitcoin/Yen
BTCUSD.nx – Bitcoin/Dolar AS
DASHUSD.nx – Dash/Dolar AS
DJCUSD.c – Indeks Dow Jones
DOGEUSD.nx – Dogecoin/Dolar AS
DOTUSD.nx – Polkadot/Dolar AS
EOSUSD.nx – EOS/Dolar AS
ETHEUR.nx – Ethereum/Euro
ETHGBP.nx – Ethereum/Pound
ETHJPY.nx – Ethereum/Yen
ETHUSD.nx – Ethereum/Dolar AS
EXCEUR.c – Indeks Saham Eurozone
FRCEUR.c – Indeks Saham Perancis
GECEUR.c – Indeks Saham Jerman
HKCHKD.c – Indeks Hang Seng Hong Kong
IOTAUSD.nx – IOTA/Dolar AS
JPCJPY.c – Indeks Saham Jepun
LTCUSD.nx – Litecoin/Dolar AS
NACUSD.c – Indeks NASDAQ
NEOUSD.nx – NEO/Dolar AS
QTUMUSD.nx – Qtum/Dolar AS
RUSS2000.c – Indeks Russell 2000
SOLUSD.nx – Solana/Dolar AS
SPCUSD.c – Indeks S&P 500
TRXUSD.nx – TRON/Dolar AS
UKCGBP.c – Indeks Saham UK
UKOIL.c – Minyak Mentah UK
USOIL.c – Minyak Mentah AS
XLMUSD.nx – Stellar/Dolar AS
XMRUSD.nx – Monero/Dolar AS
XRPJPY.nx – Ripple/Yen
XRPUSD.nx – Ripple/Dolar AS
XTZUSD.nx – Tezos/Dolar AS
ZECUSD.nx – Zcash/Dolar AS
TEROKAI ALAM DAGANGAN TANPA BATASAN